(VIDEO) Buaya Berjemur Atas Bumbung Rumah

INDIA: Seekor buaya dirakam berjemur di atas bumbung sebuah rumah yang tenggelam akibat banjir di Belgaum, Karnataka, India, kelmarin.

Sehingga semalam, 209 dilapor terbunuh akibat banjir di India dengan negeri Kerala paling teruk terjejas.

Pihak berkuasa India semalam memberi amaran banjir mungkin bertambah buruk selepas hujan lebat luar biasa dijangka turun dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam di beberapa lokasi di negeri itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *