Maut Selepas Makan Durian Campur Alkohol Walaupun Kawan Dah Kata ‘Jangan’

Seorang lelaki di Thailand maut selepas minum alkohol sambil makan durian dan enggan mendengar nasihat rakannya yang melarang dia berbuat demikian.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi 14 Ogos lalu, mangsa berusia 48 tahun itu ditemui tidak bernyawa di pondok bas dipercayai telah mati lima jam yang lalu. 

Turut ditemui berhampirannya sebotol minuman keras dan bekas yang mengandungi buah durian. 

Rakan mangsa, Peng berkata, mereka sebelum itu keluar bersama.

Mangsa mahu membeli durian dan minuman keras untuk dinikmati ketika menunggu bas pulang ke rumah. 

Namun, Peng memberi amaran bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan kemudaratan kepada dirinya, tetapi mangsa berkata, “Aku orang kampung, tak takut”. 

Peng kemudian pulang ke rumah dan sekembalinya ke pondok bas itu pada keesokan harinya mendapati, rakannya itu telah meninggal dunia. 

Sumber: China PressWorld of Buzz

170