Jalan mengundur Lebih 700 KM

Medi Bastoni menarik perhatian orang ramai pada kempennya dengan cara berjalan mengundur.

Sragen, Indonesia: Seorang lelaki Indonesia berjalan mengundur dari rumahnya di timur Jawa sehingga ke Jakarta untuk meningkatkan kesedaran mengenai penebangan hutan terutamanya di negara itu.

Perjalanan lebih 700 kilometer sudah cukup sukar dalam apa jua keadaan, tetapi Medi Bastoni menarik perhatian orang ramai pada kempennya dengan cara berjalan mengundur.

Medi Bastoni menarik perhatian orang ramai pada kempennya dengan cara berjalan mengundur.

Bastoni, 43, memulakan perjalanannya itu pada 18 Julai dari kampungnya di Gunung Wilis, sebuah gunung berapi di wilayah Jawa Timur yang turut terkesan akibat penebangan hutan. Dia berharap dapat bertemu dengan Presiden Joko Widodo ketika tiba di Jakarta akhir bulan ini.

“Saya berharap kerajaan akan mula mengambil berat berkaitan alam sekitar, jadi generasi muda akan peduli terhadap alam sekitar kita,” bapa kepada empat anak itu memberitahu Reuters TV.

Medi Bastoni menarik perhatian orang ramai pada kempennya dengan cara berjalan mengundur.

Indonesia salah sebuah negara yang berhadapan dengan kadar penebangan hutan tertinggi di dunia, dengan lebih 74 juta hektar hutan hujan, kawasan hampir dua kali ganda saiz Jepun.

Bastoni berjalan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kilometer sehari, dengan membawa makanan ringan dan air. Cermin pandang belakang yang dipasang pada begnya membantu dia untuk elakkan rintangan.

Ketika dia melewati kota Sragen di Jawa tengah, penduduk kagum melihatnya.

“Saya fikir ia kerja gila dan mustahil untuk berjalan jauh secara mengundur.

“Tetapi, dia mempunyai misi mulia dan kami menyokongnya. Kami harap dia akan tiba di Jakarta,” kata Ambyar. – Reuters

32