Bila Sudah Tua Tapi Tidak Boleh Ditegur…

Lelaki tua itu duduk tenang di tempat duduknya sambil merokok di dalam bas.Agensi

MOSCOW: Video seorang lelaki tua tular di media sosial memaparkan dia diseret keluar dari tempat duduknya dan dilempar ke laluan pejalan kaki akibat merokok dalam bas.

News.com.au melaporkan, video kemungkinan dirakam di Russia itu menunjukkan, seorang lelaki yang kelihatan tua duduk tenang di tempat duduknya sambil merokok di dalam bas yang sedang bergerak.

Dia diseret dari tempat duduknya sebelum dilempar ke laluan pejalan kaki.

Bas itu kemudiannya berhenti dan dia didekati seseorang, berkemungkinan penumpang lain yang geram dengan sikap lelaki itu kerana tidak menghormati penumpang bas.

Lelaki muda itu dilihat menarik tali beg lelaki tua itu namun berlaku pergelutan kecil sebelum dia diseret dari tempat duduknya dan dihumban ke laluan pejalan kaki.

Video itu dikongsi di laman Facebook Humans of Bankstown yang menarik lebih 800 reaksi dan lebih 200 perkongsian selain muncul di Reddit.

Pengguna memberi reaksi berbeza terhadap lelaki tua itu, termasuk seorang menulis: “Perbuatan lelaki muda itu tidak begitu baik.”

“Kejamnya lelaki itu, tidak patut melayan orang lebih tua begitu. Sedikit penjelasan mungkin membantu,” kata seorang wanita.

“Mengapa mereka tidak ambil rokok itu dan buangkan ke luar?” kata wanita lain. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *