“Bagaimana Mungkin Saya Tidak Terkesan Dengan Pemergiannya, 4 Malam Saya Berjiran Dengan Dia”

“Adik… auntie (makcik) minta maaf, semua janji dah (sudah) ditunaikan, cuma auntie terlewat sedikit.” Itulah perkataan terkeluar dari mulut Ara Rahima Abdullah, 34, sebaik mendapat tahu pesakit di sebelah katilnya meninggal dunia akibat bengkak usus dan apendiks, Sabtu lalu.

Sehari sebelum itu, Allahyarhamah Siti Nurfazilah Jaudi, 13, memesan makanan segera serta kek daripada Ara Rahima bagi untuk meraikan hari lahir ibunya yang jatuh pada 31 Julai lalu.

Jenazah Allahyarhamah Siti Nurfazilah.

Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian saudara, Ara Rahima sentiasa memenuhi permintaan remaja itu memandangkan dia dari keluarga susah yang menetap di Kampung Lipasu Lama, Ranau.

Ketika berkongsi cerita sedih itu, Ara Rahima berkata, dia mengenali remaja perempuan itu selepas dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kerana mengidap apendiks.

Van yang membawa Jenazah Allahyarhamah Siti Nurfazilah.

“Dia (arwah) dimasukkan sehari lebih awal daripada saya iaitu pada 27 Julai dan diletakkan bersebelahan katil saya. Setiap hari, saya kerap terdengar jeritannya menahan sakit ketika doktor mahu mengambil darah.

“Saya terdengar dia menjerit sambil berkata pada emak dia ‘Mummy pesan dekat dia orang (doktor) jangan cucuk saya lagi, saya sudah tidak tahan sakit,’. Pada malam pertama, saya diberitahu ibunya, arwah mahukan ayam goreng.

“Tapi mereka tidak tahu hendak beli dekat mana lalu saya menghubungi suami meminta dia belikan. Alhamdulillah… hajatnya tercapai juga pada malam itu dan malam berikutnya, dia juga teringin memakan makanan segera.

“Saya terdengar ibunya sedang mengira duit syiling yang mereka ada namun tidak mencukupi. Hati saya tersentuh apabila melihat keadaan mereka lalu meminta suami dan kakak belikan.

Hadah hari lahir ibu Siti Nurfazilah yang sudah dibeli Ara Rahima. FOTO Ihsan Ara Rahima

“Sebaik keluar selepas empat malam berada di hospital, saya melawat arwah pada 2 Ogos lalu, sambil membawa sedikit bekalan untuk ibunya.

“Ketika itu, keadaan arwah seperti tidak bermaya dan mukanya pucat. Dia langsung tidak mahu menyentuh makanan walaupun saya cuba pujuk beberapa kali,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya lagi, sebelum berangkat pulang, arwah ada memberitahu dia mahu makan piza serta meminta belikan kek untuk menyambut hari lahir ibunya.

“Arwah ada memberitahu, dia mahukan kek itu pada 3 Ogos kerana bapanya akan datang melawatnya.

“Keesokan hari selepas semua permintaan dipenuhi, kami dengan gembira menghubungi ibunya namun jawapan diberikan adalah mereka sudah berada di rumah mayat.

“Jantung saya seperti mahu luruh kerana tidak percaya dengan berita ini. Saya terpandang kek dan makanan lain yang dimintanya pada malam sebelum dan air mata saya berguguran.

“Pada masa sama, saya hampir terduduk kerana melihat jenazahnya dalam keadaan senyum dan mungkin dia gembira kerana permintaannya sudah dipenuhi,” katanya.

Kisah ini menjadi tular selepas Ara Rahima berkongsi dalam status Facebook miliknya. Dalam tulisan itu, dia menceritakan: “Bagaimana mungkin saya tidak terkesan dengan pemergiannya. 4 malam saya berjiran dengan dia.

“Gadis berbadan kecil, berumur 13 tahun. Di jaga oleh mummynya. Dia warded awal sikit dari saya 26.7.19. Saya warded 27.7.19. Saya warded 4 malam.

Perbualan terakhir kami

Adik: anty boleh ka anty beli cheese kek? Tulis di kek happy birthday mummy..

Me: boleh… Kek tu mau bila hari ini atau esok?

Adik: esoklah.. Sebab esok daddy saya datang.. Mau celebrate sama sama daddy. Anty jangan lambat aa…

Me: insyaAllah adik..sambil peluk dia.

Adik: Dia peluk saya erat erat. Kan bagus kalau anty di sini. Anty datang lagi kan.. Anty, kalau saya mau balik ranau sudah anty hantar ka?

Me: insyaAllah dik.. Telefon saja anty.

3.8.19 – Saya siap beli pesanan si adik. Pizza, kek seperti yang di minta. 11.30 saya telefon mummy nya…hati berbunga bunga..tidak sabar mau jumpa bagi dia happy…dia mau celebrate birthday mummy.

Tapi..Hello kak, kakak masih di wad yang sama? Saya mau datang ni.

Tidak adik, saya sini rumah mayat.. Anak saya sudah tiada…… Saya meraung…. Tidak percaya… ALLAH…..

Lemah tulang tulang saya. Saya tidak dapat tahan sebak

.. Adik adik… Maaf adik, anty lambat… Anty tidak sangka begitu cepat kau pergi… :sob::sob::sob:

Menurut mummynya, dia hembuskan nafas 8.04am.. Saya tunaikan juga janji hantar kau adik. Doakan kami agar dipermudahkan urusan kami mencari kampung Lipasu Lama ranau.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *