“Tidak Jadi Rogol”…Rupanya Dia Bukan ‘Lisa’ Yang Tulen

Lisa mengaku lelaki selepas membuka tudung. Foto Agensi

Kendari (Indonesia): Hasrat seorang perogol untuk memperkosa seorang wanita bernama Lisa yang dikenalinya di media sosial terbantut selepas mendapati mangsanya itu sebenarnya adalah lelaki.

Tribunnews melaporkan, kisah malang lelaki itu yang dikenali sebagai Agus berlaku di semalam di Kodeoha, Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara.

Menurut laporan itu, Agus berkenalan dengan Lisa yang dikenalinya di media sosial sebelum mengajak `wanita’ itu berjumpa.

Ketika pertemuan itu, Agus mengajak Lisa yang lengkap memakai tudung berwarna merah ke rumahnya di Desa Rante Limbong dan dia mula merancang untuk merogol `wanita’ itu.

Bagaimanapun, Lisa dilaporkan berjaya melarikan diri sebelum ditemui polis merayau-rayau di bandar berkenaan.

Lisa kemudian dibawa ke balai polis dan disoal-siasat oleh anggota yang bertugas.

Ketika disoal-siasat, Lisa memberitahu dia melarikan diri selepas hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang dikenalinya di media sosial.

Namun, polis curiga dengan suara Lisa dan terus mengherdiknya.

“Kamu lelaki atau wanita?,” kata seorang pegawai polis.

Kerana takut akhirnya Lisa mengaku dia adalah lelaki dan terus membuka tudungnya.

Polis yang memeriksa kad pengenalannya mendapati nama sebenar lelaki itu adalah Muhammad Fausan.

Muhammad Fausan juga memberitahu, dia sebenarnya bukan melarikan diri daripada menjadi mangsa rogol Agus tetapi dihalau lelaki itu yang berang selepas mengetahui dia sama jantina dengannya.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *