Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Ketika Melakukan Hubungan Intim, Teman Lelakinya Selamat

Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 9 bangunan flat di Rusia ketika melakukan hubungan intim, namun pasangannya masih hidup selepas terjatuh di atas teman wanitanya itu. 

Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui mati di tingkat bawah bangunan tersebut di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu. 

Menurut jiran yang juga saksi kejadian itu berkata, terdahulu mereka ternampak sebuah televisyen dicampak keluar dari tingkap kediaman selepas mangsa dan pasangannya berusia 29 tahun terjatuh ke tingkat bawah. Difahamkan, mangsa terjatuh dan maut serta-merta.

Tetapi lelaki terbabit terjatuh di atas teman wanitanya sebelum bangkit semula dan kembali menyertai parti liar itu. 

Polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi oleh saksi. 

Laporan awal menyangka mangsa mati akibat ditimpa televisyen, tetapi gambar di tempat kejadian menunjukkan dengan jelas mangsa dalam keadaan separuh bogel dari pinggang ke bawah. 

Polis percaya pasangan itu sedang melakukan hubungan intim di beranda sebelum terjatuh. Ketika kejadian, terdapat dua lelaki berada di kediaman itu tetapi tidak terlibat dalam kes tersebut. 

Polis kini sedang menjalankan siasatan. 

Sumber: Daily Mail