(VIDEO) 2 maut, 29 Cedera Selepas Buaian Gergasi Di Funfair Patah

Dua maut, manakala 29 lagi cedera selepas buaian gergasi yang dinaiki patah dua ketika sedang berhayun dalam kejadian yang berlaku di sebuah funfair di Gujarat, India, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.40 petang Ahad, di Balvatika Amusement Park, buaian yang diberi nama ‘Discovery’ itu patah dan bahagian yang dinaiki oleh kesemua mangsa jatuh terhempas dari ketinggian 20 kaki. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh pengunjung menunjukkan orang ramai terkejut dengan kejadian yang tidak dijangkakan itu. 

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan menahan individu yang bertanggungjawab terhadap funfair tersebut. 

Sementara itu, Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani mengarahkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab, selain mengarahkan semua mangsa yang cedera diberikan rawatan percuma.