Remaja Maut Akibat Tercekik 3 biji Tapioca Pearls

Gambar Hiasan

Seorang remaja perempuan maut selepas tercekik 3 biji Tapioca Pearls dalam kejadian di China.

Terdahulu remaja perempuan tersebut membeli secawan minuman boba tea dengan abangnya pada 30 Jun lalu ketika dalam perjalanan ke rumah rakan mereka.

Apabila dua beradik itu tiba di lokasi, mangsa secara tiba-tiba mengalami masalah sukar bernafas dan tangannya mula berubah menjadi kehitaman kerana kekurangan oksigen sebelum tidak sedarkan diri. 

Mangsa dibawa ke hospital dan doktor melakukan bantuan pernafasan (CPR) agar dia dapat bernafas kembali. Malangnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia. 

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat tercekik bebola kayu ubi (tapioca pearls). Sebanyak tiga biji ‘pearls’ tersangkut di bahagian trakea mangsa yang menyebabkan saluran pernafasannya tersumbat lalu menyebabkan mangsa tercekik. 

Sumber: World of Buzz