“Cincin Itu Memang Pembawa Nasib Malang – Lelaki Ikat ‘Cincin Sial’ Pada Ekor Ikan

Cincin perkahwinan diperbuat daripada perak diikat pada ekor ikan sebelum dilepaskan ke tasik.

MICHIGAN: Seorang lelaki mengikat cincin perkahwinan yang dianggap pembawa sial pada ekor ikan dan dilepaskan ke tasik sebelum haiwan itu ditangkap kaki pancing, tujuh minggu kemudian.

Ikan spesies steelhead itu ditangkap Joe Penar ketika menyertai pertandingan memancing pada Jumaat lalu seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi, sebelum pemilik asal cincin berkenaan, Kapten Jason Rose tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Cincin perkahwinan diperbuat daripada perak diikat pada ekor ikan sebelum dilepaskan ke tasik.

Katanya, dia dan isteri bercerai empat tahun lalu tetapi dia tidak dapat memikirkan cara sesuai untuk memusnahkan cincin berkenaan.

“Saya mahu membuangnya, tetapi tidak mahu sekadar mencampaknya ke dasar tasik atau memajaknya.

“Lagipun saya yakin cincin itu membawa sial. Bekas isteri tidak pernah menyokong hobi memancing saya. Sejak membuangnya, kehidupan saya semakin baik. ,” katanya kepada Chicago Sun Times.

Susulan itu, USA Today melaporkan, pada 4 Mei lalu, Rose mengikat cincin diperbuat daripada perak itu pada ekor ikan sebelum dilepaskan ke tasik berhampiran Whitehall, Michigan.

Ikan malang itu bagaimanapun ditangkap semula tujuh minggu kemudian oleh Penar yang menaiki bot kawannya Jim Nelligan.

Kini nasib malang cincin itu mungkin ‘berpindah’ kepada pemilik bot berkenaan.

“Cincin itu memang pembawa nasib malang. Sejak ia berada di atas bot saya, enjin mengalami pelbagai masalah,” katanya dipetik Fox News. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *