Pemuda PH Sabah Mahu PBRS Dan UMNO Dikenakan Tindakan

Razeef (kiri) semasa membuat laporan di Pejabat RoS Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU: Pemuda Pakatan Harapan (PH) meminta agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenakan tindakan tegas terhadap dua badan berdaftar yang terlibat dalam salah laku rasuah.

Setiausaha Pemuda PH Sabah Mohammad Razeef Rakimin berkata dua badan terbabit masing-masing Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Badan Perhubungan United Malay National Organisation (Umno) didakwa menerima wang secara haram daripada syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mengikut pendedahan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejumlah RM1,254,113.24 dana dipindahkan daripada syarikat terbabit kepada Badan Perhubungan Umno dan RM1,000,000 kepada PBRS.

“Ini adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara dan bukan untuk kepentingan parti politik tertentu,” katanya.

Beliau berkata jika dibiarkan tanpa tindakan oleh RoS, maka amalan itu dikhuatiri akan menjadi amalan serta ulangan parti pada masa hadapan.

“Tindakan tegas perlu dilakukan sebagai pengajaran dan peringatan bahawa tindakan menerima wang haram salah di sisi undang-undang,” katanya. 

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mendedahkan 41 individu dan entiti dikenakan saman lucut oleh SPRM bagi mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah RM270 juta yang diagihkan kepada penerima akaun peribadi bekas Perdana Menteri Daruk Seri Najib Razak di salah sebuah bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *