PPM, JPDS Lakukan Pemeriksaan Mengejut Terhadap Bot Pelancong Perairan Kota Kinabalu

Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) melakukan pemeriksaan terhadap bot pelancong yang beroperasi di sekitar perairan Kota Kinabalu. – Foto ihsan PPM

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) melakukan pemeriksaan mengejut terhadap bot pelancong di perairan sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 9 pagi, pemeriksaan menumpukan aspek keselamatan bot pelancong berikutan peningkatan jumlah pelancong ke pulau peranginan di sekitar kawasan ini.

Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) melakukan pemeriksaan terhadap bot pelancong yang beroperasi di sekitar perairan Kota Kinabalu. – Foto ihsan PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata operasi dijalan berdasarkan aduan orang awam, terutama berhubung keselamatan bot pelancong.

Beliau berkata, bot pelancong yang diperiksa membabitkan perjalanan dari jeti Kota Kinabalu ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.

Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) melakukan pemeriksaan terhadap bot pelancong yang beroperasi di sekitar perairan Kota Kinabalu. – Foto ihsan PPM

“Operasi seperti ini amat penting dilakukan secara berterusan bagi memastikan pengusaha dan pemandu bot pelancong mematuhi peraturan keselamatan.

“Usaha ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan pelancong dari luar dan dalam negara terhadap aspek keselamatan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, antara kesalahan dikesan sepanjang operasi pemeriksaan itu ialah nama juragan tidak dicatat dalam lesen bot, beroperasi tanpa lesen asal dan tiada lampu navigasi.

Selain itu, beliau berkata, ada bot didapati beroperasi tanpa pembantu atau kru semasa, membawa penumpang berlebihan dan lesen bot tamat tempoh.

“Hasil operasi ini, sebanyak sembilan bot didapati melakukan kesalahan mengikut Enakmen JPDS dan laporan polis dibuat untuk tujuan tindakan kompaun,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *