Ukir Tatu Di Dada Nama Bella? Ini Jawapan Aliff Aziz…

Gambar penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dengan ukiran nama Bella di dada yang tular di Twitter.

Aliff ukir tatu nama Bella?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 28, terus mencetuskan kontroversi apabila gambarnya tidak berbaju berserta tatu berukir nama bekas isterinya, Bella Astillah, tular di Twitter.

Aliff ketika dihubungi menjelaskan, ukiran ‘Bella’ di dadanya dihasilkan daripada inai.

Penyanyi Jangan Ganggu Pacarku itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai gambar terbabit.

“Bukan tatu. Itu adalah inai,” kata Aliff secara ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Aliff dan Bella, 25, berkahwin pada 9 September 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

Pasangan itu sah bercerai pada 16 Mei lalu selepas berdepan pelbagai kontroversi.

Artis kelahiran Singapura itu kembali hangat diperkatakan apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular, baru-baru ini. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *