Sebutir Bom Ditemui Di Kota Belud

Bom jenis Shell 105mm Alteleri ditemukan di kawasan tapak pembinaan berhampiran Pejabat Daerah Kota Belud.

Bom peninggalan perang di tapak pembinaan

KOTA BELUD: Sebutir bom jenis Shell 105mm Alteleri yang masih aktif ditemukan di kawasan tapak pembinaan berhampiran pejabat daerah di sini.

Bom berukuran 50.8 sentimeter x 40.64 sentimeter itu dipercayai peninggalan perang dunia kedua milik pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan bom terbabit.

Katanya, tiada sebarang kemalangan dilaporkan semasa Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bertindak memusnahkan bom terbabit.

Menurutnya, kerja-kerja pemusnahan tamat kira-kira jam 12.40 tengah hari, pada Ahad.

Beliau berkata, bom berkenaan ditemukan seorang pekerja di tapak pembinaan itu kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu lepas semasa kerja pembersihan dan meratakan tanah dijalankan.

“Pekerja terbabit kemudiannya melaporkan kejadian itu sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 12.05 tengah hari pada hari yang sama,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *