Nelayan Indonesia Diberi Peringatan Agar Tidak Turun Ke Laut Menangkap Ikan Di Perairan Negeri Ini

Gambar BESTAWAUfm

NELAYAN INDONESIA DIBERI PERINGATAN TIDAK TURUN KE LAUT ELAK PERKARA TIDAK DI INGINI

TAWAU; 24 JUN 2019 – Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau mengingatkan seluruh rakyat republik itu terutama nelayan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) agar tidak turun ke laut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini seperti penculikan berlaku.

Gambar BESTAWAUfm

Konsul RI Tawau, Sulistijo Djati Ismojo dalam kenyataan berkata, nelayan mahupun kru kapal ini tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti perikanan tanpa sebarang jaminan keselamatan daripada majikan masing-masing.

Gambar BESTAWAUfm

Beliau mengulas perkara itu susulan laporan media mengenai 10 nelayan diculik dipercayai berkaitan kumpulan Abu Sayyaf dari Selatan Filipina di Perairan Felda Sahabat 9, baru-baru ini.

Walaupun difahamkan sembilan nelayan dipercayai dibebaskan, beliau berkata bagaimanapun pihaknya masih risau akan keselamatan nelayan Indonesia di Pantai Timur Sabah sehingga pihak keselamatan menjamin situasi keselamatan yang kondusif.

Menurut Sulistijo, sekiranya nelayan Indonesia masih mahu menjalankan aktiviti di laut, majikan perlu mengambil langkah keselamatan dengan melibatkan pasukan keselamatan di ESSZone.

Sumber : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *