Remaja Bunuh Kawan Karib Selepas Ditawarkan RM37.4 Juta

Schilmiller yang mengenali Brehmer dalam talian menggunakan identiti palsu sebagai seorang jutawan bernama ‘Tyler’. AFP

LOS ANGELES: Seorang remaja didakwa merancang pembunuhan rakan baiknya selepas seorang lelaki yang dikenali dalam talian menawarkan AS$9 juta (RM37.4 juta) untuk melakukan jenayah itu.

Menurut pegawai penyiasat, Denali Brehmer, remaja berusia 18 tahun dari Alaska itu direkrut untuk membunuh rakannya oleh Darin Schilmiller, 21, dari Indiana. Schilmiller yang mengenali Brehmer dalam talian menggunakan identiti palsu sebagai seorang jutawan bernama ‘Tyler’.

Menurut kertas pertuduhan, sejak berkenalan dan menjalin hubungan dalam talian, mereka merancang untuk merogol dan membunuh seseorang di Alaska.

Mereka berdepan hukuman penjara 99 tahun untuk setiap tuduhan membunuh.

Schilmiller menjanjikan habuan bernilai AS$9 juta (RM37.4 juta) kepada Brehmer untuk setiap rakaman video atau gambar serangan yang diserahkan kepadanya.

Brehmer kemudian merekrut empat lagi remaja dan menjadikan rakan baiknya, Cynthia Hoffman sebagai mangsa.

Pada 2 Jun lalu, Hoffman, 19, diajak melakukan aktiviti mendaki di timur laut Anchorage. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, remaja itu diikat dengan pita pelekat dan ditembak di belakang kepala, sebelum dihumban ke dalam sungai. Mayat Hoffman hanya ditemui pada 4 Jun lalu.

Pada Jumaat lalu, juri sepakat memutuskan keenam-enam defendan didakwa melakukan pembunuhan dengan niat, merancang melakukan pembunuhan dengan niat, dua pertuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan beberapa pertuduhan lain.

Mereka berdepan hukuman penjara 99 tahun untuk setiap tuduhan membunuh. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *