BSH: Opersari BSN Dilanjutkan Pada Hari Sabtu Dan Ahad

KUALA LUMPUR: Semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dibuka pada Sabtu dan Ahad ini bagi membolehkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) melakukan transaksi.

BSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, cawangannya juga akan beroperasi esok bagi negeri Johor, Terengganu dan Kelantan.

“Bagi Johor, Terengganu dan Kelantan, semua cawangan BSN akan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, manakala negeri lain pula bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk keterangan lanjut. – Berita Harian

952