15 Maut, Feri Penumpang Karam Di Madura

Kombinasi gambar menunjukkan penumpang terselamat ketika feri KM Lestari Maju karam di pulau Selayar, wilayah Sulawesi Selatan pada 3 Julai 2018. -Foto Reuters

Jakarta: Sekurang-kurangnya 15 orang maut selepas sebuah feri penumpang karam di luar pulau Jawa Indonesia, kata polis hari ini, nahas maritim terbaharu melanda negara kepulauan itu.

Feri terlebih muatan itu membawa kira-kira 50 orang apabila ia terbalik semalam di laut lepas berhampiran pulau Madura, kata jurucakap polis Jawa Timur Frans Barung Mangera.

Detik tenggelamnya kapal feri penumpang di perairan Madura

Pasukan mencari dan menyelamat menemui 13 mayat pagi ini, menjadikan jumlah yang maut 15 orang manakala 31 terselamat.

Penyelamat mencari sekurang-kurangnya tiga orang yang disenaraikan masih hilang namun laporan tempatan menunjukkan mungkin lebih banyak mangsa tidak berada dalam senarai rasmi.

31 penumpang berjaya diselamat dalam tragedi feri penumpang yang karam di perairan madura

“Feri disyaki terlebih muatan. Ia dilambung ombak besar, terbalik dan karam,” kata Frans dalam satu kenyataan.

Feri sepanjang 10 meter itu ditemui nelayan tidak lama selepas karam, tambahnya.

Lebih 160 orang maut apabila feri penumpang karam di Tasik Danau Toba, Sumatera tahun lalu manakala lebih 300 dianggarkan lemas pada 2009 apabila feri karam antara pulau Sulawesi dan Borneo. -AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *