Arab Saudi Buka Kelab Malam ‘Halal’ Tanpa Alkohol Pertama Didunia

Arab Saudi untuk pertama kalinya mempunyai kelab malam yang dibuka di tepi pantai Jeddah dan menjadi kelab malam halal pertama di negara itu.

Khabar pembukaan itu menarik reaksi orang menerusi laman media sosial termasuk yang memuji dan ada juga yang mengeji.

Gambar: The Citizen

Kelab malam yang diberi nama White ini merupakan kelab malam ‘halal’ pertama yang terdapat di dunia dan melarang sebarang rakaman serta minuman keras bagi setiap pengunjung.

Konsep yang dibawakan oleh kelab malam ini adalah sama seperti kelab malam yang lain namun, apa yang membuatkan kelab malam ini halal adalah kerana ia menolak alkohol.

Kelab malam White telah dibuka secara rasminya pada 13 Jun 2019 lalu dengan menyajikan persembahan pembukaan daripada penyanyi RnB terkenal, Ne-Yo. Kelab malam ini beroperasi dari pukul 10 malam sehingga 3 pagi dan cuma membolehkan pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas sahaja untuk berhibur di dalamnya.

Gambar: Dubai Night

Selain menawarkan minuman tanpa alkohol, kelab malam ini juga menawarkan shisha dan hookah bertepatan dengan budaya masyarakat Arab yang gemar akan perkara itu. Kelab malam ini dilaporkan akan membuka lebih banyak kafe dan restoran berikutan sebahagian janji reformasi 2030 yang dijanjikan oleh  Putera Mahkota Mohammaed bin Salman.

Walau bagaimanapun, kelab malam ‘halal’ pertama di dunia ini menimbulkan kontrovesi berikutan ejekan, tomahan dan kemarahan oleh orang ramai. Perkara ini adalah kerana Arab Saudi merupakan tempat di mana terdapat dua masjid paling suci di dalam Islam.

Sumber: Juice Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *