6 Warga Malaysia Ditahan, Seludup Syabu Guna Kapal Mewah

Enam warga Malaysia disyaki seludup 37 kg syabu guna kapal layar mewah ke Jakarta . – Foto BERNAMA

Warga Malaysia seludup syabu guna kapal mewah

JAKARTA: Enam warga Malaysia ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37 kilogram dalam kapal layar Carron Layner, yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara, pada 9.30 malam, Selasa lalu.

Menurut Direktor Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia Krisno Siregar, kapal itu dipercayai belayar dari Johor ke Jakarta pada hari yang sama.

Lima suspek rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Johor, manakala seorang lagi berasal dari Perak, katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dadah berkenaan dipercayai berasal dari Myanmar.

Semua suspek ditahan polis dan kes itu disiasat di bawah Pasal 114 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2019 berkaitan Dadah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *