(VIDEO) Haziq Aziz Bersumpah Beliau Individu Dalam Video Bersama Menteri Kanan

(Video) GEMPAR: Haziq bersumpah beliau individu dalam video bersama menteri kanan.

Kuala Lumpur, 12 Jun: Pada jam 2:30 pagi tadi, laman facebook Haziq Aziq, menaikkan satu video berdurasi 35 saat bersumpah bahawa beliau adalah individu dalam video yang viral sejak semalam yang mengaitkannya dengan seorang menteri kanan.

Tambahnya lagi, beliau mendakwa video terbabit telah dirakam tanpa kebenaran beliau pada 11 Mei bersamaan 6 Ramadhan lepas semasa pilihanraya kecil Sandakan di dalam bilik menteri terbabit di hotel Fourpoint.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat  lebih 1k perkongsian.

Dalam video itu, Haziq turut menggesa SPRM untuk menyiasat menteri kanan terbabit atas tuduhan korupsi sambil mendakwa beliau merupakan  seorang individu yang tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Berikut merupakan transkrip penuh pengakuan video beliau:

“Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam. Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa pilihanraya kecil Sandakan di bilik Azmin di Hotel Fourpoint. Saya menggesa SPRM untuk menyiasat Azmin atas tuduhan korupsi. Dia bukanlah individu yang layak untuk menjadi seorang pemimpin” – Haziq Aziz

Video : https://www.facebook.com/haziqaziz.my/videos/372500139910400/

Buletin TTKM mendapati Haziq Aziz, yang sebelum ini merupakan seorang aktivis pelajar dan aktif dalam PKR telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Shamsul Iskandar, Timbalan Menteri Industri Utama pada Januari lalu.View image on Twitter

View image on Twitter

YB Shamsul Iskandar Mohd Akin@ShamsulComms

[MAKLUMAN]

Encik @HaziqAbdulAziz telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama berkuatkuasa hari ini 15 Januari 2019.

Sekian, harap maklum.349:09 PM – Jan 15, 201918 people are talking about thisTwitter Ads info and privacy

Sejak semalam, video intim yang mengaitkan Haziq dengan menteri terbabit ditularkan di whatsapp bersama beberapa dokumen yang didakwa merupakan transaksi pemindahan wang berjuta ringgit.

Haziq bertindak menyahaktifkan akaun media sosial beliau di facebook, twitter dan instagram pagi semalam apabila video tersebut mula tular.

Walaubagaimanapun, kesemua akaun tersebut telah diaktifkan semula ketika video pengakuan bersumpah Haziq dinaikkan di laman facebooknya awal pagi tadi.

Cubaan Buletin TTKM menghubungi juga turut Haziq gagal apabila panggilan kami masuk ke pesanan peti suara.

Baru-baru ini, perdana menteri, Tun Dr Mahathir melantik Latheefa Beebi Koya sebagai ketua SPRM tanpa memberi maklum kabinet, malah pelantikan tersebut bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

Latheefa Beebi Koya juga merupakan sosok yang dilihat bersama kem Azmin di dalam parti PKR.

Setakat ini, Azmin Ali belum memberi sebarang respon terhadap dakwaan Haziq.

Buletin TTKM.