Lapar betul ni…

OBJEK yang ditelan lelaki itu.

NEW DELHI: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di India terkejut apabila mengeluarkan lapan sudu, dua berus gigi, pisau dapur dan engsel pintu dari perut seorang lelaki.

Akhbar The Asian Age melaporkan, lelaki berusia 35 tahun itu dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Shri Lal Bahadur Shastri di mandi, Himachal Pradesh pada Jumaat lalu selepas mengadu sakit perut.

Doktor yang membuat imbasan X-ray kemudiannya terkejut apabila mendapati banyak objek asing seperti sudu dan berus gigi di dalam perut lelaki berusia 35 tahun berkenaan.

Tiga doktor bedah mengambil masa empat jam untuk melakukan pembedahan mengeluarkan semua objek berkenaan dari perut lelaki itu.

Doktor Nikhil yang mengetuai pembedahan berkenaan berkata, kes seperti itu sangat jarang ditemui dan dia terkejut dengan jumlah objek yang ditelan lelaki berkenan.

“Selepas membuat pemeriksaan kami menemui beberapa objek metalik di dalam perut pesakit ini.

“Pasukan kami segera melakukan pembedahan kecemasan kerana bimbang ia boleh mengancam nyawa pesakit.

“Pesakit ini sebenarnya mengalami masalah mental kerana individu normal tidak akan makan sudu atau pisau,” katanya.

Menurutnya, keadaan pesakit itu sudah stabil tetapi masih dirawat untuk memantu perkembangannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *