Berpuasa di perantauan terutama sekali apabila berada di luar negara sudah tentu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hal ini kerana waktu siang di luar negara lebih panjang malah ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Itulah gambaran pengalaman seorang lelaki bernama Khairul Fuad Junaidi yang sudah 4 tahun menetap di negara yang terletak di garisan Artik iaitu di Longyearbyen, Norway.
Menurut pemuda yang berasal dari Ranau, Sabah ini, dia berpeluang merasai pengalaman menakjubkan iaitu suasana ‘Midnight Sun’ ataupun ‘dunia tanpa malam’ berikutan daripada fenomena matahari tidak terbenam selama 4 hingga 5 bulan.
Menurut Khairul Fuad atau lebih mesra disapa Khai, ‘Midnight Sun’ ini berlaku pada musim panas. Selepas berakhirnya musim panas, barulah malam muncul sepanjang musim sejuk.
Matahari kelihatan 24 jam, puasa 17 jam berpandukan waktu Makkah
Sahur 2 pagi, berbuka jam 8 malam
Musim sejuk -40 darjah celcius, musim panas -5 darjah celcius
Akibat cuaca sejuk, kesuburan tumbuhan dan pokok pun kelihatan terbantut. Walau bagaimanapun, dengan keadaan cuaca yang sangat ekstrem ini tidak menjadi penghalang saya untuk berpuasa.
Rindu juadah berbuka puasa di Malaysia
Ramadan Khai di Svalbard Artic
Sumber : Harian Metro FB Khai F Jun YouTube Khai F Jun