5 maut helikopter tentera terhempas


GAMBAR helikopter tentera Mexico yang terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran.

MEXICO CITY: Helikopter tentera Mexico yang terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran terhempas di tengah negara itu kelmarin, mengorbankan lima anggota Tentera Laut.

Pesawat MI-17 itu terhempas kira-kira 89 kilometer ke utara bandar Jalpan de Serra di Queretaro, kata kenyataan Tentera Laut.

Tidak dapat dipastikan sama ada inspektor bagi suruhanjaya perhutanan negara atau anggota kru lain berada dalam helikopter itu.

Punca nahas masih belum diketahui.

Pasukan peninjau menemui serpihan pesawat itu awal pagi, selepas operasi terpaksa ditangguhkan menjelang malam disebabkan keadaan cuaca. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *