Pekerja Ladang Maut, Motosikal Ditunggang Terbabas Di Jalan Segama, Lahad Datu

Pekerja Ladang Maut, Motosikal Ditunggang Terbabas Di Jalan Segama, Lahad Datu – Foto Ihsan Pembaca

PEKERJA LADANG MAUT, MOTORSIKAL DITUNGGANG TERBABAS

LAHAD DATU; 26 MEI 2019 (Ahad) – Seorang Pekerja ladang maut selepas motorsikal yang ditunggang terbabas sebelum melanggar Penghadang jalan dalam kejadian di Batu 2 Segama Jalan Lahad Datu – Sandakan, pukul 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam satu kenyataan media berkata, mangsa berumur 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Keadaan motosikal yang dipercayai ditunggang mangsa selepas terbabas – Foto Ihsan Pembaca

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan lalu terlanggar Penghadang jalan sebelum terjatuh di jalan.

Katanya, mangsa juga dipercayai menunggang motorsikal dalam keadaan laju ekoran kesan terseret di atas jalan sepanjang 27 meter.

Pekerja Ladang Maut, Motosikal Ditunggang Terbabas Di Jalan Segama, Lahad Datu

Siasatan masih diteruskan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *