Kereta bertahi lembu

GAMBAR kereta Toyota yang ditampal dengan tahi lembu tular di media sosial. FOTO Agensi

NEW DELHI: Bagi melawan suhu panas 45 darjah Celsius, pemilik sebuah kereta Toyota sedan di Ahmedabad bertindak menampal keretanya dengan tahi lembu untuk melindunginya daripada cuaca panas.

South China Morning Post melaporkan, Sejal Shah menampal keretanya dengan tahi lembu agar kenderaan itu sejuk dalam cuaca panas.

“Penggunaan kotoran lembu terbaik yang pernah saya lihat,” tulis Rupesh Gauranga Das di Facebook selepas berkongsi imej kenderaan itu di platform media sosial.

Sebahagian India mengalami keadaan gelombang panas sejak kebelakangan ini, dengan peningkatan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Orang ramai dinasihatkan pegawai untuk kekal di dalam rumah antara 10.30 pagi dan 3 petang.

Penggunaan tahi lembu sebagai penebat sudah lama diamalkan penduduk luar bandar dengan menampalnya pada dinding dan lantai. Ia menjadikan rumah mereka panas pada musim sejuk dan sejuk pada musim panas.

Selain itu, kepingan tahi lembu yang dicampurkan jerami dan dikeringkan di bawah matahari juga digunakan sebagai bahan bakar di kawasan kampung malah mereka menggunakannya dalam sabun dan sebagai baja organik. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *