Tak Bayar PTPTN, Anda Mungkin Kena Sekat Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan sekatan pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pasport, pendaftaran perniagaan sekiranya peminjam culas membayar hutang.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata beberapa sekatan baharu itu mungkin akan diperkenalkan sekiranya peminjam tidak mahu menjelaskan hutang selain prestasi bayaran balik yang semakin rendah.

Menurutnya, masalah pinjaman itu diburukkan lagi apabila hanya 49 peratus daripada keseluruhan tiga juta peminjam PTPTN melunaskan pinjaman mereka dan bakinya tidak membayar secara konsisten termasuk 19 peratus atau 356,000 peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman yang mencecah RM2.8 bilion.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, iaitu lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,”katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Tambah Mastura lagi, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap peminjam melunaskan pinjaman termasuklah mereka tidak pernah membayar pinjaman walaupun satu sen.

Buat peminjam PTPTN yang masih belum pernah membayar pinjaman, mungkin boleh tindakan dengan segera. Apa pula pandangan anda semua?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *