(VIDEO) Pelari macam ni pun ada…

INFINITE Tucker memang tidak mahu kalah.

Apapun, memang itulah nama sebenarnya, atlet memiliki jiwa kental yang tidak sanggup menamatkan saingan di tempat kedua sekali lagi.

Insiden melucukan itu dilihat sewaktu dia menyertai acara lari berhalangan di Texas, Amerika Syarikat kelmarin.

Dia yang sedang bersaing di trek tiba-tiba seperti hilang akal terbang ketika menghampiri garisan penamat acara 400 meter lari berhalangan di Kejohanan Padang dan Balapan (SEC).

Inisiatifnya berjaya dan tiba paling awal di garis penamat yang membolehkannya meraih gelaran SEC mengatasi rakan sepasukannya, Robert Grant.

Tucker ditemu ramah selepas tewaskan Grant (kiri). FOTO Agensi

Tucker menamatkan saingan di tempat kedua acara sama pada 2017.

“Lihat. Saya lari dengan menutup mata saya sehingga pagar ke-10.

“Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu (ma) di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.

“Ya, begitulah pengakhirannya.”

Robert pula hanya tersenyum sewaktu ditemu ramah mengenai tindakan Tucker itu.Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 6:42 PM

Aksi Tucker terbang di garis penamat. FOTO Agensi