Hukum mati bunuh lelaki albino

FOTO AFPAFP

BLANTYRE: Mahkamah tinggi Malawi kelmarin menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh seorang pemuda albino dua tahun lalu.

Pesalah Willard Mikaele membunuh Mphatso Pensulo, 19, di daerah selatan Thyolo pada 2017, lapor AFP.

“Dia merancang bunuh seorang albino kerana mahu cepat kaya, seperti disarankan oleh dukun,” kata hakim Maclean Kamwambe.

Kali terakhir kerajaan Malawi menjatuhkan hukuman mati adalah pada 1994 dan selepas itu digantikan dengan penjara seumur hidup.

Serangan terhadap golongan albino semakin meningkat sejak 2014 dan kebanyakan kes membabitkan upacara sihir untuk mendapatkan kekayaan dan nasib baik.

Berdasarkan data kumpulan hak asasi Amnesty International, sebanyak 148 kes jenayah membabitkan orang albino dengan sekurang-kurangnya 21 kematian dilaporkan sejak November 2014.

Bagaimanapun, hanya 30 peratus kes disiasat sepenuhnya dengan satu pembunuhan dan cubaan membunuh berjaya didakwa. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *