Aminah menang Ketua Wanita Warisan, Jenifer Lasimbang tewas

Barisan kepimpinan Wanita Warisan Sabah yang baharu.

JAWATAN KETUA WANITA WARISAN MILIK AMINAH JABARKHAN; MARY TIMBALAN

PENAMPANG: Aminah @ Siti Aminah Jabarkhan diumumkan sebagai Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) setelah memperolehi 120 undian menewaskan dua calon lain yang bertanding dalam pemilihan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Warisan, di sini pada Sabtu.

Aminah menewaskan Pembantu Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif yang hanya memperolehi 94 undian dan seorang lagi calon, Norfaiza Chua (64 undian).

SITI AMINAH

Sementara Timbalan Ketua Wanita pula dimenangi oleh Mary Juney George yang memperolehi 161 undian menewaskan pencabarnya yang merupakan Pembantu Menteri Pelajaran & Inovasi Jenifer Lasimbang.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita pula masing-masing dimenangi oleh Nadzlinah Awang Ali (119 undian), Chen Moi Yin (175 undian) dan Noor Hayaty Mustapha (151 undian).

MARY JUNEY

Mereka menewaskan tiga calon lain yang turut bertanding berebut jawatan berkenaan.

Manakala, 15 Ahli Jawatankuasa Wanita pula dimenangi oleh Hajal Mansor, Maini Tapah, Ana Maria Bernadus, Hilda @ Mary Salim, Quiren Salam, Rusniah Jumaidi, Juddy Chua @ Salbinah, Neljan @ Aning Tan, Jubaidah Awang, Ernis Edris, Sabariah Ibrahim, Soarah Ahmat, Arianti Antee, Noorain Abd Rahman dan Rose Ardi @ Ardie.

Jenifer, kiri, dan Norzalinah tewas untuk merebut jawatan timbalan presiden dan presiden Wanita.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Wirawati pula, Sabrina Yahya, Thien Fui Fong dan Rina Jainal diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan yang ditandingi oleh lima calon.

Sabrina yang meraih 214 undian, Thien (212 undian) dan Rina (130 undian) menewaskan dua calon lain untuk muncul sebagai Naib Ketua Wirawati yang baharu.

Kepimpinan Wirawati Warisan Sabah yang baharu.

Bagi 15 Ahli Jawatankuasa Wirawati Pusat pula dimenangi oleh Siti Noorhasmahwaty Osman, Tan Kim Ling, Evanalyn Longinus, Erza Yani Opong, Rafidah Arkani, Roslizah Ibrahim @ Ahmad, Izzatul Aini Nissanso, Noraini Edeh, Bibianah Noorintan Rasmee, Maria Antonio, Siti Noorlizawana Shandrawan Jalin, Siti Norazianah Mohd Bidin, Fadila Lasmin, Julmaiyah Nasib dan Nurfaezah Mohd Said. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *