Azeem remaja Malaysia terpantas dunia


Muhammad Azeem Mohd Fahmi.

KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai permata paling bernilai apabila Muhammad Azeem Mohd Fahmi diiktiraf sebagai remaja terpantas di dunia untuk peringkat umur bawah 16 tahun (B16) dalam acara 200 meter (m).

Ia berdasarkan kajian terperinci dilakukan oleh ahli Kesatuan Statistik Balapan dan Padang (ATFS), Jad Adrian Washif yang menyifatkan pencapaian Azeem itu adalah antara terbaik di dunia sepanjang zaman.

Menurutnya, catatan masa 21.24 saat (s) yang dilakukan atlet dari Perak yang genap15 tahun semalam dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor minggu lalu meletakkannya sebagai remaja terpantas di dunia.

“Sewaktu Azeem berlari di Johor, dia berusia 14 tahun 360 hari, bermakna ketika itu usianya belum genap 15 tahun.

“Kepantasan dicatatkan (21.24s) itu meletakkan dia di kedudukan terbaik dunia pada ketika ini untuk peringkat umur bawah 16 tahun, dan ketiga terbaik sepanjang zaman bagi peringkat umur 14 tahun,” kata Jad Adrian kepada Sukan BH.

Jad Adrian yang juga Ketua Pusat, Sukan Kekuatan dan Daya Tahan di Institut Sukan Negara (ISN) turut membuat kajian bagaimana hendak menilai sama ada hebat ataupun tidak seseorang atlet, selain melihat kepada pingat kemenangan. 

Katanya, pencapaian terbaik dunia acara 200m bagi atlet berusia 14 tahun untuk hampir dua dekad adalah milik Darrel Brown dari Trinidad and Tobago, iaitu dengan catatan masa 21.20s.

“Brown selama ini adalah pelari terbaik, namun ia dipadamkan oleh Sachin Dennis dari Jamaica yang merekodkan 20.89s, baru-baru ini.

Berikut statistik dan perbezaaan catatan masa yang direkodkan Jad Adrian mengikut peringkat umur dunia dari 2016 hingga 2019.

2016 – Dunia Bawah  16

100m

10.59 … Dominik Illovszky (HUN)-4 Jan 2002 (14)

10.68 … Khafre Brown (USA)-29 Mei 2001 (15)

10.68 … Justin Tsukamoto (JPN)-22 March 2001 (15)

10.71 … Javon Williams (TTO)- 2001 (15)

10.75 … Edward Osei Nketia (NZL)-8 May 2011 (15)

200m

21.32 … Khafre Brown (USA)-29 Mei 2001 (15)

21.70 … Roshaun Rowe (JAM)-23 September 2002 (14)

21.70 … Jayson Weber (RSA)-1 Jan 2001 (15)

21.71 … Andrew Brown (USA)-2003 (13)

21.77 … Ashton Allen (USA)-25 March 2002 (14)

2017 – Dunia Bawah 16

100m

10.51 … Sachin Dennis (JAM)-2 Ogos 2002 (15)

10.71 … Avindale Smith (TTO)-23 Januari 2002 (15)

10.71 … Darian Clarke (BAR) born. 5 March 2002 (15y)

10.73 … Raphael Bouju (NED)-15 Mei 2002 (15)

10.77 … Enrico Sancin (ITA)-5 March 2002 (15)

200m

20.89 … Sachin Dennis (JAM)-2 Ogos 2002 (15)

21.23 … Ashton Allen (USA)-25 March 2002 (15)

21.24 … Avindale Smith (TTO)-23 Januari 2002 (15)

21.29 … Marcellus Moore (USA)-30 Jun 2002 (15)

21.44 … Darian Clarke (BAR)-5 March 2002 (15)

21.45 … Sasha Zhoya (FRA)-25 June 2002 (15)

21.52 … Dominic Ogbechie (GBR)-15 Mei 2002 (15)

2018 – Dunia Bawah 16

100m

10.37 … Terrique Stennett (JAM)-3 Januari 2003 (15)

10.68 … Brune Godson (NGR)-2003 (15)

10.72 … Alexander  Nunley (USA)-9 September 2003 (15)

10.78 … Muhammad Azeem Fahmi (MAS)-29 April 2004 (14)

10.81 … Adrian Kerr (JAM)-2003 (15)

200m

21.69 … Adrian Kerr (JAM) born. 2003 (15)

21.74 … Bouwahghi Nkrumie (JAM)-16 Februari 2004 (14)

21.78 … Shakeem McKay (TT0)-2003 (15)

21.89 … Muhammad Azeem Fahmi (MAS)-29 April 2004 (14)

2019 – Dunia Bawah 16

100m

10.54 … Bouwahghi Nkrumie (JAM)-16 Februari 2004 (15)

10.63 … Muhammad Azeem Fahmi (MAS)-29 April 2004 (15)

10.69 … Christopher Scott (JAM)-2004 (15)

10.70 … Wei Hao Lun (TPE)-2004

200m

21.24 … Muhammad Azeem Fahmi (MAS)-29 April 2004 (15)

21.56 … Wei Hao Lun (TPE)-2004

21.70 … Christopher Scott (JAM)-2004

21.77 … Alicke Cranston (JAM)-6 Mei 2004 (15)

21.83 … Dalan Oliphant (RSA)-3 Julai 2004 (15) – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *