Pergi Spa Ikan Sampai Hilang Jari Kaki

Seorang wanita berusia 29 tahun tauma selepas hilang jari kaki kanan selepas menjalani rawatan spa ikan ketika bercuti di Thailand.

pergi spa ikan sampai hilang jari kaki

Kejadian pada tahun 2010 itu berlaku apabila Victoria Curthoys mencuba spa ikan yang didakwa mampu melancarkan aliran darah dan menghilangkan sel-sel kulit mati.


“Selepas saya pulang ke tanah air, saya tidak berasa sakit menyebabkan saya tidak menyedari ada kesan luka. Namun malangnya, jangkitan kuman itu telah merebak sehingga ke dalam tulang menyebabkan doktor terpaksa memotong sebahagian jari kaki,” katanya.


Pada awalnya, semasa beliau berusia 17 tahun, ibu jari kaki kanannya terpaksa potong selepas dijangkiti kuman akibat terpijak kaca.

pergi spa ikan sampai hilang jari kaki


Malangnya, baki jarinya yang lain juga terpaksa dipotong secara berperingkat sejak tahun 2012 sehingga 2017 selepas doktor mengesahkan beliau dijangkiti kuman shewanella.

Sumber: Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *