Wawa Zainal hamil anak ketiga

WAWA dan Aeril menunggu empat tahun untuk hamil kali ketiga. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

PELAKON Wawa Zainal hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah tiga minggu.

Wawa, 28, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia dan suami yang juga pelakon, Aeril Zafrel mengakui hampir berputus asa selepas empat tahun mencuba.

“Aeril orang yang sangat gembira apabila saya beritahu perkara ini. Apatah lagi selepas dapat anak kedua empat tahun lalu, dia sentiasa inginkan tambah anak.

“Tapi, apabila tidak dapat kami hampir putus asa juga. Kami fikir mungkin rezeki anak dua saja. Alhamdulillah, dengan ikhtiar sejak beberapa bulan lalu iaitu dengan mengamalkan minum madu Turki, tidak menjangka Allah berikan rezeki ini,” katanya.

Wawa berkata, dia mengamalkan pengambilan madu itu sejak dua bulan lalu selepas diberitahu mengenai khasiatnya.

AERIL ZAFREL

“Semasa pergi Turki tempoh hari, memang mereka ada cakap madu ini bagus untuk wanita yang mahu hamil. Malah ramai testimoni yang berjaya. Apabila terjadi pada diri sendiri, baru saya percaya. Begitu juga dengan sepupu saya, yang baru tiga minggu mengamalkannya, dia kini hamil juga.

“Memang ini semua dari Allah, tapi sekurang-kurangnya kita kena usaha dan ikhtiar juga. Macam saya sendiri, empat tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan,” katanya.

Menurut Wawa, sepanjang empat tahun itu, dia tidak pernah mencuba sebarang kaedah perubatan moden atau tradisional, sebaliknya menganggap bukan rezeki.

Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. – Harian Metro

410