Bayi jadi lauk

HARIMAU bintang yang dipercayai bunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan. FOTO Times Now

New Delhi: Mayat bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemui tanpa kepala apabila terputus akibat dibaham harimau bintang selepas dilarikan dari sisi ibunya yang tidur.

Menurut Times Now, mangsa Dhaval Rathwa tidur sebelah ibunya di luar rumah mereka sebelum didatangi harimau bintang sekitar jam 4 pagi.

Tanpa disedari ibu mangsa, harimau bintang berusia lapan tahun itu menggonggong bayi malang terbabit ke hutan.

Jurucakap jabatan perhutanan berkata, operasi menangkap haiwan itu bermula sejurus menemui mayat mangsa di kawasan hutan berhampiran kampung.

Harimau bintang itu berjaya ditangkap selepas diumpan masuk dalam sangkar dan dihantar ke pusat penyelamat jabatan perhutanan di Pavagadh.

Haiwan terbabit dipercayai membunuh Dhawal kerana ditangkap berhampiran lokasi mayat mangsa ditemui.

Susulan itu, kerajaan India memberi pampasan 400,000 rupee (RM24,000) kepada bapa mangsa, Jaswant Rathwa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *