PPM Tahan Dua Lelaki Tempatan Cuba Seludup Ayam Sabung Dari Filipina

SUSPEK yang ditahan kerana menyeludup ayam sabung. FOTO ihsan PPM

KUDAT, 20 April 2019 (Sabtu) – Ekoran dari maklumat yang diterima, sepasukan Polis Marin Kudat telah berjaya mengesan dan menahan sebuah kenderaan yang disyaki sedang membawa ayam sabung tanpa lesen yang sah di jalan Bingolon, Kudat kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, berkata “menerusi operasi ‘Ops Landai Khas’ yang dijalankan, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya menahan 2 orang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan. Apabila pemeriksaan dijalankan didapati cubaan menyeludup dan membawa masuk ayam sabung (Jenis Texas) yang dipercayai dari negara Filipina didalam kenderaan tersebut. “

Katanya lagi, “Dipercayai, ayam-ayam tersebut hendak dibawa oleh suspek untuk dihantar ke Kota Kinabalu. Kedua-dua suspek masing-masing berumur 30 hingga 50 tahun warganegara tempatan yang sedang menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza itu ditahan di jalan Bingolon Kudat. Turut dirampas, sebuah kenderaan milik suspek dan sebanyak 8 ekor ayam sabung (Jenis Texas). Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah berjumlah RM131,000.00.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veteriner dan kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SUSPEK yang ditahan kerana menyeludup ayam sabung. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Antara ayam sabung yang cuba diseludup dirampas pihak berkuasa – SUSPEK yang ditahan kerana menyeludup ayam sabung. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Antara ayam sabung yang cuba diseludup dirampas pihak berkuasa – SUSPEK yang ditahan kerana menyeludup ayam sabung. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *