Facebook, WhatsApp, Instagram alami gangguan

LONDON 14 April – Laman media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan mengalami gangguan di seluruh dunia hari ini.

Nampaknya platform tiga serangkai milik Mark Zuckerberg iaitu Whatsapp, Instagram dan Facebook berhadapan masalah lagi. Perkara ini memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia, tidak terhad kepada pengguna di Malaysia sahaja.

Whatsapp tidak dapat menghantar dan menerima mesej. Manakala Instagran pula tidak dapat menunjukkan status dan gambar terbaru.

Facebook pula dilaporkan tidak dapat diakses di luar negara, tetapi kami masih dapat masuk ke Facebook. Ia mungkin terkesan kepada sebilangan pengguna.

Lapor Mirror UK, pengguna seluruh dunia memuat naik mengenai masalah berkenaan di laman Twitter.

Malahan, pengguna juga gagal mengakses Facebook Messenger di komputer dan komputer riba.

Seorang pengguna Twitter berkata: “Instagram, Facebook dan WhatsApp tidak boleh diakses. Terima kasih Zuckerberg (Pemilik Facebook Inc.), perkhidmatan yang baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *