Tindakan terhadap kerabat jika ada laporan

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

KUALA LUMPUR: Tindakan perundangan akan diambil jika ada wujud laporan polis dibuat membabitkan kenyataan dikeluarkan mana-mana kerabat diraja yang disyaki berunsur hasutan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam isu terbabit.

Beliau sebaliknya berkata, kerajaan menyerahkan isu berkenaan kepada bidang kuasa dan mengikut kebijaksanaan polis sepenuhnya untuk menjalankan siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Kita serahkan kepada polis ambil tindakan berpandukan laporan.

“Jika ada laporan, kita beri kepada kebijaksanaan polis kendalikan isu ini,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said Mohamed (BN-Kuala Krau) yang membangkitkan peranan kerajaan menangani ketegangan di media sosial.

Ia berikutan wujud ‘pertelingkahan kata-kata’ antara kepemimpinan kerajaan dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali gus didakwa mengundang kesan negatif terhadap masyarakat.

*Berita selanjutnya menyusul* – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *