Lelaki maut selepas asyik rakam gambar

Skyway di Grand Canyon.

PHOENIX: Pelancong Hong Kong maut selepas tergelincir jatuh dari lereng Grand Canyon, Arizona semalam, ketika merakam gambar dari lokasi tinjau di kawasan terkenal itu.

Kejadian berlaku ketika pelancong dipercayai berusia 50 an itu merakam gambar di lokasi tinjau Eagle Point yang mengadap penempatan puak Hualapai, kata jurucakap Grand Canyon West, David Leibowitz.

Reuters yang memetik Leibowitz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa keluar oleh anggota penyelamat lewat petang semalam.

Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan.

Mangsa adalah salah seorang daripada satu kumpulan pelancong yang mengikuti lawatan ke tempat pelancongan terkenal itu. – Reuters

9