Harga RON97 Terus Naik, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR: Sebentar tadi, Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman web rasmi mereka mengumumkan harga runcit bagi produk petrol dan diesel yang berkuatkuasa tengah malam ini.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Mac 2019 sehingga 5 April 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.61 seliter kepada RM2.63 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *