Wanita lahir anak kembar sebulan selepas kelahiran anak pertama

ARIFA mengendong bayi sulungnya sambil melihat anak kembar yang dilahirkan sebulan kemudian. – Foto Mirro.co.uk

DHAKA: Seorang ibu di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar sihat, selepas 26 hari anak pertamanya lahir pramatang.

Arifa Sultana, 20, melahirkan seorang bayi lelaki, bulan lalu, secara semula jadi, tetapi doktor terlepas uterus kedua.

“Dia tidak menyedari masih mengandungkan sepasang bayi kembar. Air ketubannya pecah sekali lagi pada hari ke-26, selepas bayi pertamanya dilahirkan,” kata pakar sakit puan, Sheila Poddar.

Podder menjalankan pembedahan Caesarean untuk membolehkan pasangan bayi kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan dilahirkan, Jumaat lalu.

Wanita muda dari daerah Jessore di barat daya Bangladesh itu dibenarkan pulang ke rumah bersama tiga bayi sihat, semalam. Podder berkata, tiada komplikasi berlaku.

“Saya tidak pernah melihat kes sebegini sepanjang karier perubatan saya selama 30 tahun,” kata ketua doktor kerajaan di Jessore, Dilip Roy. – AFP

15