Maszlee guna plakad tunjuk keadaan sekolah daif di Sabah dan Sarawak

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik ketika menunjukan plakad di Dewan Rakyat. – Foto FB Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menggunakan plakad ketika mengetengahkan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak ketika menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, mendapat perhatian ahli Parlimen.

Mengangkat plakad berkenaan bagi memberi gambaran sebenar keadaan sekolah terbabit, Maszlee turut menerangkan usaha Kementerian Pendidikan membabitkan perkembangan projek pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Sehingga kini, pelaksanaan naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di Sarawak dengan peruntukan bernilai RM557 juta menerusi peruntukan Pembangunan dan Pembiayaan Swasta (PFI), membabitkan 198 sekolah.

“Pada 2017, sebanyak 26 sekolah siap dinaik taraf manakala 66 sekolah disiapkan tahun lalu.

“Ini menunjukkan peningkatan hampir tiga kali ganda, hasil pemantauan lebih rapi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, setakat Februari lalu, katanya, sebanyak 153 sekolah daif di Sabah dinaiktaraf dengan kos

berjumlah RM552.1 juta menerusi peruntukan PFI. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *