Hisap vape berisiko penyakit jantung – Kajian AS

WASHINGTON: Individu yang menghisap rokok elektronik atau vape lebih cenderung mempunyai risiko penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menghisapnya, menurut kajian yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Kadar serangan jantung dikalangan mereka yang menghisap rokok itu adalah 34 peratus lebih tinggi berbanding yang tidak menghisapnya.

Ia jelas berdasarkan faktor seperti umur, jantina, indeks jisim badan, tahap kolesterol, tekanan darah dan penggunaan tembakau.

Kajian turut menyatakan pengguna rokok elektronik mempunyai 25 peratus risiko penyakit arteri koronari atau salur darah dalam jantung dan 55 peratus berkemungkinan mengalami masalah kemurungan atau kebimbangan.

“Sehingga kini, maklumat mengenai penyakit jantung yang dikaitkan dengan rokok elektronik adalah terlalu sedikit,” kata pembantu profesor di University of Kansas, Mohinder Vindhyal.

“Data ini adalah amaran langsung dan perlu diambil lebih tindakan dan kesedaran mengenai bahaya rokok elektronik,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *