PTI pulang berhibur ditahan dalam Ops Landai Khas

SUSPEK bersama anggota PPM selepas ditahan dalam Op Landai Khas.

LABUAN: Seorang lelaki yang dalam perjalan pulang selepas berhibur ditahan polis selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dalam satu Operasi Landai Khas di sini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Mohamad Pajeri Ali berkata suspek warga asing itu dipercayai menuju ke penempatan setinggan selepas berhibur di bandar Labuan tengah malam Rabu.

“Suspek yang menggunakan kawasan laut Ujing Pasir sebagai laluan utama ke penempatan setinggan Kampung Baru ditahan selepas anggota kita membuat pemeriksaan di sebuah bot yang tidak diwartakan.

“Suspek berumur 22 tahun kemudiannya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Markas Operasi PPM Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai agar melaporkan segera sebarang kegiatan jenayah di perairan Labuan. – Utusan Borneo

216