”Syukri Tak Puas Berbakti Pada Abah,” Ayah Aliff Shukri Meninggal Dunia

Bapa kepada usahawan kosmetik terkenal tanah air, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi setelah dimasukkan ke hospital semalam.

Khabar sedih itu telah disahkan oleh setiausaha peribadi Aliff menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman instagram rasmi beliau.

Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsanikepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya..

Terdahulu, beberapa jam lepas Aliff sempat memuat naik satu video di instagramnya yang memaparkan bapanya, Kamarzaman, sedang mendapatkan rawatan di hospital. Situasi pilu itu ternyata mengundang rasa sebak ramai.

Rata-rata netizen dilihat sebelum itu membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesejahteraan bapanya. Moga segala urusan Aliff dipermudahkan dan arwah bapanya, Kamarzaman ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pada abah. Syukri banyak dosa dengan abah.. Ya Allah….abah saya datang ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung… .. Tak telefon tak apa terus dia datang…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….

Doakan segalanya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg tak nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu sy dah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…

Sumber : Instgram : aliffsyukriterlajaklaris / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *