VIDEO – Terima lebih 300 paku keluli dalam kepala

Wajah Chen Lidan sebelum kejadian (kiri) manakala selepas pembedahan (kanan).

BEIJING: Seorang bekas kru kapal terbang menerima lebih 300 paku keluli di dalam kepala dan plat keluli di tampal di bawah tengkoraknya selepas dia terjatuh dari sebuah hotel di selatan China.

DailyMail melaporkan, Chen Lidan, 26, turut mengalami hilang daya ingatan, masalah pembelajaran dan penglihatannya terjejas teruk selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hotel Jade Sea International, di wilayah Hainan, pada 2015.

Akibat kejadian itu, muka Chen hancur, dia kehilangan semua giginya dan bentuk kepalanya juga berubah, kata keluarganya.

Bekas atendan kapal terbang China Sichuan Airlines itu, menjalani pembedahan otak di Hospital 425 di Sanya sebelum dipindahkan ke Hospital Barat China di Sichuan untuk membaiki tengkoraknya.

Pakar di Hospital Barat China kemudian membaiki bentuk tengkoraknya dan membina semula wajahnya dengan bantuan teknologi pengimbas 3D selain perlu menjalani rawatan perubatan selama dua tahun.

Khabar angin mengatakan Chen cuba membunuh diri kerana tekanan emosi tetapi keluarganya menafikan tuduhan berkenaan.

“Saya langsung tidak ingat apa yang berlaku empat tahun lalu,” katanya kepada seorang wartawan dari laman berita video Pear. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *