Lebih 700 Bekas Ahli BN Kota Belud Sertai PPBM

Dasim menerima borang permohonan keahlian daripada satu kumpulan sempana majlis tersebut

KOTA BELUD : Lebih dari 700 orang bekas bekas ahli dari pelbagai parti komponen Barisan Nasional di kawasan Parlimen Kota Belud menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Majlis penerimaan borang keahlian tersebut diterima oleh Pengerusi Penaja PBBM Negeri Sabah Dato’ Dasim Ricky Jikah dalam satu majlis yang diadakan di Kota Belud kemarin.

Dasim bersama ahli ahli Bersatu menunjukkan isyarat bagus selepas menerima borang permohonan dari ahli ahli baru PBBM di Parlimen Kota Belud

Berucap ketika mengalu-alukan kemasukan ahli ahli baharu PBBM khususnya di kawasan Parlimen Kota Belud Dasim berkata ianya merupakan satu perkembangan positif tentang penerimaan rakyat Sabah terhadap PBBM
bagi memastikan golongan tersebut lebih terbela dibawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Antara ahli ahli PBBM Parlimen Kota Belud yang hadir ke majlis tersebut

Beliau berkata sudah tiba masanya Bersatu sama-sama berjuang untuk meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara, justeru adalah wajar memberi peluang kepada rakyat Sabah menjadikan sebahagian daripada parti itu.

” Kemasukan Bersatu ke Sabah dilihat mampu menjadi nilai tambah dalam melonjakkan lagi kekuatan kepada pimpinan yang ada di negeri ini” katanya

Tambah Dasim tiada siapa boleh menghalang Bersatu untuk melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia adalah amalan demokrasi.

” Apa yang lebih penting adalah matlamat Bersatu untuk menyatupadukan rakyat Sabah dan seterusnya membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini” katanya.

Dasim juga melahirkan keyakinan lebih ramai lagi rakyat khususnya dari serpihan parti parti BN sebelum ini akan menyertai PBBM sebagai wadah perjuangan mereka

– Bersatu Daerah Tongod

434