Dari UMNO kemudian PKR, Osman Jamal akan beralih ke parti lain lagi minggu hadapan

Osman Jamal ketika ditemui media selepas melakukan pelepasan Flag Of Kolej Komuniti Fun Ride 2019 di Tawau – Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

ADUN BALUNG BUAT KENYATAAN HALUAN PARTINYA MINGGU HADAPAN

TAWAU; 24 FEBRUARI 2019 (Ahad) – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Osman Jamal yang menyertai Parti Keadilan Rakyat sebelum ini hari ini menyatakan tidak menolak kemungkinan beliau akan beralih ke parti lain.

Tanpa menyebut nama parti yang akan disertai, beliau bagaimanapun berkata akan memberi kenyataan kepada media berhubung perkara itu, minggu depan.

Datuk Osman ditemui pemberita selepas melakukan pelepasan Flag Of Kolej Komuniti Fun Ride 2019 di Tawau mengulas khabar angin yang beliau akan beralih ke parti lain.

Menurut Datuk Osman, sekiranya beliau telah membuat keputusan mengubah haluan, ianya hanya disebabkan oleh keutuhan parti berkenaan yang mampu membela nasib rakyat berlandaskan kepimpinan zahir dan batin iaitu berkhidmat dengan sepenuh jiwa dan raga.

Sumber Facebook Pages #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *