Malaysia gesa Filipina bertindak tegas terhadap Pamatong

VIDEO Pamatong membakar bendera Malaysia yang diterbitkan di akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’.

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa kerajaan Filipina mengenakan tindakan tegas terhadap warganegaranya, Elly Pamatong yang mengisytiharkan diri sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE) ekoran video kontroversi pembakaran bendera Malaysia di negara itu.

Kementerian Luar menegaskan, Malaysia mengutuk perbuatan dan pandangan berhubung insiden itu yang diterbitkan di akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.

“Pembakaran bendera Malaysia adalah insiden yang serius. Bendera adalah simbol kebangsaan yang suci dan harus diperlakukan dengan hormat.

“Tindakan sedemikian dan komen anti-Malaysia yang dibuat individu ini menyinggung perasaan dan tuduhan yang dibuat tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Luar berkata, Filipina juga perlu memastikan insiden itu tidak berulang kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala yang begitu baik antara Malaysia dan Filipina.

Dalam video berdurasi lebih lapan minit itu, Pamatong mendakwa bertindak membakar bendera Malaysia sebagai menyatakan protes terhadap Undang-Undang Organik Bangsamoro, yang didakwa hasil idea Malaysia.

Katanya, undang-undang itu akan menjadi seperti tembok besar, dan menyamakannya seperti Tembok Besar China dan Tembok Berlin. – Berita Harian

VIDEO Pamatong membakar bendera Malaysia yang diterbitkan di akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’.

VIDEO Pamatong membakar bendera Malaysia yang diterbitkan di akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *