Datuk nikahi gadis 18 tahun

JAKARTA: Pernikahan seorang datuk berusia 75 tahun di Sulawesi Selatan baru-baru ini menjadi tular di media sosial di Indonesia selepas dia menikahi seorang gadis perawan berusia 18 tahun.

Datuk itu yang dikenali sebagai Saing dilaporkan bernikah dengan Tika dalam satu majlis di Dusun Coddong, Desa Bontokatute, Kabupaten Sinjai, Sulawesi Selatan pada Rabu lalu.

Liputan6 melaporkan, keluarga Tika menerima lamaran Saing selepas warga emas itu memberikan mahar sebuah kebun cengkih yang luas.

Tika juga mengaku dia menerima lamaran Saing yang juga jirannya kerana merasakan lelaki berkenaan sudah bersedia memberinya nafkah.

“Alasan saya menerima Saing kerana dia mampu menanggung hidup saya,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai tempatan, Fatma berkata, penikahan pasangan berkenaan tidak berdaftar dan ia dianggap tidak sah mengikut undang-undang. – Agensi

Gambar majlis perkahwinan Saing (kiri) dan tika.
Gambar majlis perkahwinan Saing (kiri) dan tika.
Gambar majlis perkahwinan Saing (kiri) dan tika.
Gambar majlis perkahwinan Saing (kiri) dan tika.
256