Empat rumah hangus dalam kebakaran

Anggota bomba memadamkan kebakaran empat ruamh di Taman Merpati, Sandakan. – Foto Ihsan Pembaca

EMPAT rumah musnah dalam kebakaran di Taman Merpati, Batu Tujuh, Sandakan hari ini.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, dua kenderaan jenis Proton Saga dan Van Nissan Vannette turut gagal diselamatkan bagaimanapun kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Difahamkan, kebakaran bermula dari tingkat bawah salah sebuah rumah yang dihuni wanita berusia 40-an bersama ahli keluarganya.

Api merebak dengan cepat ke rumah berdekatan di lorong sama sehingga menyebabkan tiga rumah lain turut terjejas.

Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddree Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.25 tengah hari.

“Seramai 14 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, dua rumah sedang terbakar dan operasi mengawal kebakaran segera dilakukan.

“Ketika operasi, anggota bomba berdepan cabaran besar iaitu angin bertiup kencang namun pada jam 12.49 tengah hari, api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya hari ini.

Anddree berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua rumah musnah manakala dua lagi terbakar 30 peratus.

“Tiada mangsa cedera dalam kejadian ini. Punca kejadian masih dalam siasatan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan,” katanya. – Harian Metro

Anggota bomba memadamkan kebakaran empat ruamh di Taman Merpati, Sandakan. – Foto Ihsan Pembaca
Anggota bomba memadamkan kebakaran empat ruamh di Taman Merpati, Sandakan. – Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *